Tentang Pusat Bahasa Planet | Cyberlynx

Tentang Pusat Bahasa Planet

Tentang Pusat Bahasa Planet

 

Siapa Kami?

Ditubuhkan pada 2011, PLC adalah tempat untuk mereka yang ingin mempertingkatkan kemahiran Berbahasa Inggeris. Diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, program Bahasa inggeris umum dan akademik kami memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat dengan menawarkan empat tahap kepakaran dari peringkat asas sehingga yang lebih maju.

 

Mengapa pilih Pusat Bahasa Planet?

Jika anda bersedia untuk melanjutkan pelajaran di universiti atau anda ingin meningkatkan penguasaan dalam bahasa inggeris anda, Pusat Bahasa Planet adalah tempat yang sesuai.

Selain daripada struktur yuran yang mampu dibiayai, pelajar kami terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa, dalam masa beberapa bulan mereka mampu meningkatkan kemahiran dalam berkomunikasi, penulisan dan membaca. Mereka juga dapat merasai sesi pembelajaran yang lebih kondusif dan membina persahabatan di antara pelajar lain.

Semua guru kami adalah berkelayakan dan dilengkapi dengan pengetahuan tinggi serta kemahiran mengajar yang diperlukan untuk memastikan bahawa pelajar kami mencapai tahap yang mereka impikan.

Para pelajar dapat mengukuhkan persahabatan dan menikmati tempoh pembelajaran ketika berada di Pusat Bahasa kerana kami yakin bahawa suasana pembelajaran boleh menjadi lebih santai dan menyeronokkan.

Komitmen kami adalah terhadap pembelajaran pelajar selain menyediakan program Bahasa terbaik yang kami tawarkan. Bagi pihak Pusat Bahasa Planet, kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda!