Kenali Kami

Kenali Kami

Kenali Kolej Antarabangsa Cyberlynx
Kolej Antarabangsa Cyberlynx adalah sebuah kolej swasta terletak di Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai kursus diploma dan sijil dalam bidang Sukan, Perniagaan dan Reka Bentuk. Kolej ini ditubuhkan oleh sekumpulan ahli akademik dan profesional yang telah berkecimpung dalam industri pendidikan selama lebih daripada 25 tahun.
Kolej kami merupakan kolej swasta yang pertama dan satu-satunya kolej yang menawarkan Diploma Pengajian Bola Sepak sejak tahun 2006 yang telah digubal dan disusun dengan kerjasama University of Bedfordshire, UK, sehingga kini masih berjaya mendapat sambutan ramai di kalangan pelajar.
Semua kursus yang ditawarkan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (“MQA”). Kolej kini dalam perancangan untuk memperkenalkan kursus-kursus baharu yang menarik dalam pelbagai bidang seperti keselamatan siber, pengembangan permainan, penguatkuasaan undang-undang penerbangan dan teknologi veterinar tertakluk kepada kelulusan MQA.
Cyberlynx komited untuk menawarkan kursus-kursus yang mampu dibiayai oleh setiap pelajar kerana setiap individu harus diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka bagi memperolehi kejayaan yang mereka impikan. Kursus kami dikendalikan dengan penuh komitmen untuk menjamin kualiti terbaik melalui kegiatan kokurikulum dan latihan industri yang sesuai bagi membentuk pelajar yang mempunyai kebolehan serta dapat memenuhi permintaan majikan dalam pelbagai industri.

Visi
Misi
Nilai
Semangat
Ketahanan
Integriti
Disiplin
Kecermelangan