Mengenai Diploma Fesyen
Jelajahi dunia fesyen melalui lensa niaga. Kursus 2.5 tahun unik, dengan dwi diploma dari Kolej TAFE, Australia Barat akan memastikan graduan bersedia untuk tuntutan karyawan fesyen dan pengusaha fesyen.
Kursus ini membawa pelajar dari konsep dan proses seni reka hingga hasil akhir, serta menyediakan pengetahuan urus niaga dan konteks yang perlu. Pendekatan kami menggabungkan kreativiti dan kecekapan teknikal gunaan serta asas undang-undang, kewangan dan perdagangan yang penting bagi sebuah enterprise fesyen termasuk import dan eksport barangan.
Kecekapan teknikal mantap dan kepekaan dengan aliran semasa pemasaran membolehkan pelajar mengasah gaya dan identiti melalui koleksi mereka. Graduan seni reka fesyen pasti bersedia untuk menjadi profesional di dalam industri yang hangat ini.
Berbekalkan kelayakan dari TAFE, Australia Barat, para pelajar boleh meneruskan pengajian ke peringkat ijazah di 41 universiti di Australia.
Rakan kongsi program ini termasuk:
University of Bedfordshire | Pembelajaran sepadan untuk melengkapkan tahun akhir ijazah
TAFE, Australia Barat | Dwi Diploma