Kenali 5 Pereka Fesyen Yang Cukup Ikonik Di Dunia| Cyberlynx

Kenali 5 Pereka Fesyen Yang Cukup Ikonik Di Dunia

Diploma Fesyen Cyberlynx

Dunia fesyen merupakan sebuah tempat yang dimana idea-idea kreatif diterjemah kepada fabrik.

Sejak bertahun-tahun lamanya, dunia fesyen berevolusi dengan pelbagai jenis corak terhasil mengikut inspirasi yang pelbagai sama ada pada pakaian, beg tangan atau kasut.

Ianya juga menyaksikan lahirnya ramai pereka fesyen berkaliber yang berjaya menawan jutaan hati penggemar dunia tersebut dan menjadi pengikut setia mereka.

Artikel kali ini akan menceritakan lima pereka fesyen terhandal di dunia. Tanpa mengikut urutan, jom!

Miuccia Prada

Miuccia Prada menyertai dunia fesyen pada 1970 dengan tidak direstui oleh datuknya ketika itu.

Hal ini kerana, datuknya ketika itu tidak mahu ada ahli keluarga perempuan yang memasuki bidang tersebut.

Namun sejak kemasukannya, Prada telah mengubah sebuah perusahaan barangan kulit kepada jenama fesyen utama dunia.

Dianggap sebagai jenama fesyen berkelas mewah, Prada kini menawarkan barangan fesyen untuk beg tangan, kasut dan bagasi.

Lebih menarik, Prada menyokong kepada corak rekaan techo-minimalis dalam barangannya.

Calvin Klien

Pembelajaran dalam bidang fesyen menjadi seorang pembuat baju yang terlatih nyata membuahkan hasil buat Calvin Klien.

Selepas tamat belajar, beliau terus membuka syarikatnya sendiri pada 1968 dan menfokuskan kepada penciptaan kot dan sut.

Kini, legasi Klien telah berkembang dengan syarikatnya telah berevolusi dengan menghasilkan minyak wangi, pakaian sukan serta barangan kemas.

Marc Jacobs

Jika Klien bermula pada 1968, Marc Jacobs memulakan langkah pada tahun 1986.

Sebelum membuka syarikatnya sendiri, Jacobs bekerja sebagai pembantu stok (stock boy) di sebuah kedai pakaian terletak dekat New York.

Selepas membuka syarikatnya, Jacobs membina jaringan perniagaan yang baik bersama Loius Vuitton dan membuka sebuah pusat sumber yang nyata membawa kejayaan kepadanya.

Kini, Jacobs mempunyai 200 kedai runcit di seluruh dunia.

Jimmy Choo

Anak Malaysia di mata dunia!

Jimmy Choo adalah seorang pereka fesyen tempatan yang cukup berjaya di persada dunia menerusi rekaan kasutnya.

Beliau terkenal dengan rekaan kasut yang menggunakan ukiran tangan. Malah, Choo turut mengaku yang dirinya adalah pereka kasut bagi salah seorang ahli keluarga diraja United Kingdom – mendiang Princess Diana.

Choo membuka syarikatnya sendiri pada 1996, dan kini bukan sekadar kasut malah beg tangan, minyak wangi dan aksesori fesyen turut ditawar beliau.

Ralph Lauren

Sebelum mengecapi kejayaan sebagai pereka fesyen, Lauren memasuki dunia peruncitan terlebih dahulu.

Selepas itu, barulah beliau memasuki dunia fesyen dan menjadi pelopor bidang tersebut pada 1967 menerusi penubuhan syarikatnya sendiri.

Lauren terkenal dengan hasil kerja yang dianggap sebagai mahakarya (masterpiece) oleh ramai pihak.

Lebih menarik, bukan sahaja rekaan fesyen seperti pakaian, aksesori dan juga minyak wangi yang Lauren hasilkan tetapi beliau juga turut menghasilkan rangkaian perabot di bawah jenamanya.

Anda juga boleh jadi seperti mereka!

Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada dunia fesyen dengan menyertai program Diploma Fesyen Cyberlynx.

Bukan sekadar memberikan pendidikan mengenai fesyen, program ini juga turut menyediakan pembelajaran berasaskan keusahawanan untuk menyediakan pelajar untuk menjadi sama seperti jagoan fesyen dunia.

Diploma Fesyen Cyberlynx melakukan ambilan sebanyak enam kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mac, Mei, Julai, September dan November.

Mahu tahu lebih lanjut mengenai program ini? Klik di sini segera!

Kredit gambar: Hypebeast

Sumber: 10MostToday