5 E-Sukan Yang Menawarkan Hadiah Kemenangan Termahal Di Dunia| Cyberlynx

5 E-Sukan Yang Menawarkan Hadiah Kemenangan Termahal Di Dunia

Program Perantisan E-Sports Cyberlynx

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri e-sukan atau e-sport semakin berkembang dan ianya terus maju dengan pesatnya.

Ianya bukan sahaja dapat dirasakan di seluruh dunia, malah di Malaysia juga industri ini semakin meningkat dengan ramai atlet e-sukan mula muncul.

Saban tahun, reputasi e-sukan semakin meningkat dan ianya menjadikan wang kemenangan atau prize money yang ditawarkan cukup lumayan.

Oleh itu, jom kita saksikan lima permainan e-sukan yang menawarkan pulangan wang paling tinggi ketika ini.

Call of Duty

Permainan tembak menembak ini sudah berada lama dalam pasaran permainan video dan sudah mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

COD terus meraih populariti sebagai permainan video terulung dunia selepas pada tahun lalu pembangunnya, Activision Blizzard telah memperkenal Call of Duty League (CDL) sebagai mod francais bagi siri tersebut.

Dengan masih mengekalkan format pertandingan yang hampir serupa ketika era pra-francais, format tersebut menyaksikan penganjur pertandingan itu sendiri perlu membayar wang kemenangan sambil Activision Blizzard menambah $4.6 juta wang bagi kejohanan sulung CDL.

Hasilnya, CDL mengumpul wang sebanyak $6.27 juta dengan jumlah hadiah termahal dikeluarkan dalam satu-satu pertandingan adalah $250 ribu.

Fortnite

Pernah mencipta sensasi satu ketika dahulu pada 2016 dengan popularitinya menarik perhatian ramai pihak dari seluruh dunia.

Ini termasuklah pemain Perancis, Antoine Griezmann yang meraikan jaringan beliau di kejohanan Euro 2016 dengan tarian dari permainan ini!

Fortnite turut terkenal dengan kisah sensasi apabila remaja 16 tahun bernama Kyle “Bugha” Giersdorf berjaya memenangi $3 juta selepas menjuarai Fortnite World Cup pada 2019.

Dan itulah yang menjadi penarik kepada permainan ini dalam dunia e-sukan iaitu kejohanan Fortnite World Cup yang kali terakhir diadakan pada 2019 – kini ianya dua tahun tidak dilaksanakan kerana Covid-19.

Walaupun begitu, kejohanan ini masih lagi menawarkan hadiah kemenangan yang cukup tinggi iaitu sebanyak $7.87 juta.

League of Legends

League of Legends atau LOL ini merupakan sebuah e-sukan yang memperoleh tontonan yang cukup tinggi dari seluruh dunia dan sejak pandemik melanda, peningkatan itu terus berlaku!

Disaat dunia mengalami pandemik, ia memberikan kesan kepada jumlah penawaran hadiah kemenangan bagi semua jenis e-sukan dan ini tidak terkecuali buat LOL.

LOL mungkin tidaklah seprestij e-sukan yang lain, namun mereka masih mampu menyajikan wang kemenangan yang cukup lumayan buat pemain-pemain mereka.

Walaupun mengalami penurunan LOL masih mampu menawarkan wang sebanyak $8 juta – hanya kurang $1 sahaja berbanding edisi sebelum ini.

Dota 2

Dota 2 sememangnya e-sukan yang cukup ramai dimainkan di seluruh dunia dan tidak terkejut jika wang kemenangan yang ditawarkan begitu tinggi.

Sebelum Covid-19 melanda, wang kemenangan yang ditawarkan pernah mencecah hampir $50 juta menerusi kejohanan utama mereka iaitu The International.

Namun apabila Covid-19 melanda serta dengan tiadanya kehadiran penganjur dari pihak ketiga serta tekanan dari komuniti Dota 2 itu sendiri telah menyebabkan wang yang ditawarkan berkurang dengan signifikannya.

Wang yang ditawarkan adalah sebanyak $8.87 juta namun masih lagi mampu menjadi e-sukan kedua termahal pada 2020.

Counter-Strike: Global Offensive

Permainan yang cukup digilai oleh ramai diantara kita kini telah menjadi e-sukan yang paling mewah hadianya pada tahun 2020.

CS:GO boleh dianggap sebagai e-sukan paling kreatif dalam memberikan respon kepada Covid-19 apabila ramai penganjur pertandingan ini begitu pantas mengubah format kejohanan ini untuk menjadikan ianya mesra atlet bagi permainan ini.

Oleh kerana ketiadaan liga bagi e-sukan ini, penganjur tampil dengan idea kejohanan berdasarkan zon atau regional tournament sambil pembangun CS:GO menawarkan pelbagai kandungan (content) menarik untuk dimainkan oleh pemain-pemain mereka.

Walaupun CS:GO turut terkesan dari segi jumlah wang kemenangan yang ditawarkan kerana Covid-19, namun mereka masih mampu mengumpul wang sebanyak $14.75 juta.

Serlahkan bakat anda dalam e-sukan bersama Cyberlynx!

Jom sertai Program Perantisan E-Sports Cyberlynx yang bakal mensiapkan anda untuk memasuki industri e-sukan dengan lengkap.

Diadakan secara percuma, mereka yang menyertai program ini bakal diajar mengenai unsur entrepreneur atau intrapreneur mengenai industri ini selama tiga bulan.

Selepas tamat program ini, mereka bakal diberikan sijil Multimedia Design in Social Media Advertising dan apa yang lebih menarik sepanjang tempoh tiga bulan itu elaun sebanyak RM 1,200 diberikan!

Program Perantisan E-Sports Cyberlynx ini terbuka kepada semua lepasan sekolah, penganggur dan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dalam lingkugan usia 18 hingga 30 tahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, anda boleh berhubungan dengan Encik Aqili di talian 017-608 9498.

Kredit gambar: NBC10 Philadelphia