Hanya Perlu 1 Kredit SPM Saja Untuk Sertai Sijil Pengajian Perniagaan Cyberlynx| Cyberlynx

Hanya Perlu 1 Kredit SPM Saja Untuk Sertai Sijil Pengajian Perniagaan Cyberlynx

Sijil Pengajian Perniagaan Cyberlynx

Tahukah anda yang Cyberlynx turut mempunyai sebuah program di peringkat sijil iaitu Sijil Pengajian Perniagaan Cyberlynx?

Ya benar sekali, program ini merupakan pengajian tunggal di peringkat sijil yang ditawarkan Cyberlynx.

Sijil Pengajian Perniagaan Cyberlynx menfokuskan kepada pengajaran mengenai aspek-aspek yang penting dalam perniagaan.

Aspek-aspek seperti pemasaran, sumber manusia dan keusahawanan adalah antara fokus yang bakal diterapkan kepada pelajar.

Sukatan kurikulum yang komprehensif juga bakal memberi manfaat kepada pelajar dengan ia akan menjadikan mereka relevan dan mampu untuk berdiri sendiri dalam dunia perniagaan kelak.

Seperti pelbagai program yang ditawarkan di Cyberlynx, program sijil ini juga akan turut menerapkan elemen keusahawanan untuk membolehkan pelajar menjadi job creator di masa hadapan.

Pembelajaran mengenai kewangan dan pengurusan bagi sesebuah perniagaan akan diajar kepada pelajar. Ianya akan memberikan kesan yang positif kepada pelajar sendiri di masa hadapan apabila mereka ingin membuka bisnes sendiri.

Macam mana nak sertai?

Program ini berdurasi selama 1.5 tahun dengan selepas tamat pengajian, pelajar boleh memilih untuk meneruskan pembelajaran di peringkat diploma pula.

Syarat untuk menyertai program ini cukup mudah. Pelajar hanya perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan hanya kredit satu subjek sahaja.

Jom sertai kami sekarang dan jadi sebahagian daripada keluarga Cyberlynx. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Kredit gambar: Unspalsh