Jom Pelajari Aspek Pengurusan Keselamatan Bersama Cyberlynx! | Cyberlynx

Jom Pelajari Aspek Pengurusan Keselamatan Bersama Cyberlynx!

Diploma Pengurusan Keselamatan

Di mana-mana saja tempat kita bekerja, aspek keselamatan amat penting dan perlu dititikberatkan.

Ianya perlu untuk mengelakkan diri kita daripada mengalami situasi dimana keselamatan kita terancam atau tempat kerja dianggap tidak selamat untuk mencari rezeki.

Oleh kerana itulah, Kolej Antarabangsa Cyberlynx (Cyberlynx) merencana sebuah program diploma yang digelar Diploma Pengurusan Keselamatan atau Diploma in Security Management (DSM).

DSM merupakan program diploma selama 2.5 tahun yang bakal mendedahkan pelajarnya mengenai amalan terbaik serta teori berkenaan keselamatan.

Program DSM ini juga membantu pelajar meningkatkan lagi ilmu mengenai pengurusan keselamatan.

Malah, dalam masa yang sama, mereka juga akan belajar mengenai inisiatif keselamatan di tempat kerja seperti pejabat, kilang-kilang dan sebagainya.

Potensi karier yang luas menanti mereka selepas tamat belajar. Berbekalkan DSM, pelajar boleh menceburkan diri sebagai dalam sektor awam mahupun swasta.

Mereka boleh berkhidmat sebagai pegawai polis bantuan, pengurusa keselamtan atau pegawai dalam bidang berkaitan di pelbagai jenis firma termasuk bank, perhotelan atau perumahan.

Pengambilan bagi program ini diadakan sebanyak tiga kali setahun iaitu pada Januari, Mei dan September.