4 Elemen Jadi Teras Utama Diploma Kepolisan & Penyiasatan Cyberlynx | Cyberlynx

4 Elemen Jadi Teras Utama Diploma Kepolisan & Penyiasatan Cyberlynx

Diploma Kepolisan & Penyiasatan

Program Diploma Kepolisan & Penyiasatan (DKP) yang ditawarkan di Kolej Antarabangsa Cyberlynx (Cyberlynx) merupakan salah satu daripada antara pengajian menarik untuk disediakan.

Berteraskan kepada empat elemen iaitu kepolisan, penyiasatan, penguatkuasaan dan perundangan. DKP merupakan sebuah pengajian yang mendedahkan kepada pelajarnya mengenai pengetahuan terhadap bidang kepolisan dan penyiasatan dengan meluasnya.

Apa yang menarik mengenai DKP ini adalah modul bagi program ini direka bukan sahaja oleh tenaga pengajar yang berpengalaman, malah ia turut dibantu oleh pakar-pakar dalam bidang kepolisan dan penyiasatan untuk memastikan setiap pelajar memperoleh ilmu bermanfaat daripada pengajian ini.

Bukan itu sahaja, pelajar DKP juga akan diberikan bimbingan mengenai perjalanan karier yang bakal mereka tempuhi selepas tamat belajar.

Mereka juga akan didedahkan kepada agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), agensi pelancongan dan pusat-pusat membeli belah untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai apa yang dibelajar.

Selepas tamat pengajian DKP, pelajar-pelajar berpeluang untuk bekerja di sektor awam seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atau Jabatan Imigresen Malaysia.

Malah, pelajar juga boleh menceburkan diri dalam sektor swasta seperti syarikat keselamatan, perunding keselamatan atau polis bantuan.