Apa Itu Diploma Pengurusan Penguatkuasaan Yang Ditawarkan Cyberlynx? | Cyberlynx

Apa Itu Diploma Pengurusan Penguatkuasaan Yang Ditawarkan Cyberlynx?

Diploma Pengurusan Penguatkuasaan Cyberlynx

Di negara kita, terdapat pelbagai jenis cabang penguatkuasaan yang menjalankan macam-macam tugas mengikut bidang kuasa mereka.

Yang lazim kita lihat adalah polis, kastam dan juga penguatkuasa dari majlis perbandaran kawasan-kawasan yang ada di Malaysia ini.

Bidang kuasa antara mereka mungkin ada perbezaan antaranya, tetapi misinya adalah sama – menguatkuasakan undang-undang.

Di Kolej Antarabangsa Cyberlynx, kami menawarkan program di peringkat diploma yang khusus mengenai pengurusan penguatkuasaan.

Tetapi program ini berkaitan dengan apa sebenarnya?

Diploma Pengurusan Penguatkuasaan Cyberlynx ini bakal mendedahkan segala mengenai dunia penguatkuasaan.

Pelajar akan didedahkan kepada struktur penguatkuasaan itu sendiri sehinggalah kepada undang-undang, polisi dan pelbagai lagi pelajaran mengenainya.

Program berdurasi selama 2.5 tahun ini akan menjadikan pelajarnya lebih memahami akan struktur serta gerak kerja bidang penguatkuasaan di negara ini.

Selain itu, mereka juga akan lebih memahami bagaimana sesebuah badan penguatkuasa beroperasi dalam memastikan undang-undang dapat ditegakkan.

Diploma Pengurusan Penguatkuasaan Cyberlynx ini boleh diambil menerusi kelas secara sepenuh masa atau separuh masa menerusi kuliah hujung minggu.

Pembelajaran boleh dilakukan menerusi kelas secara bersemuka atau menerusi dalam talian.

Ambilan bagi program ini dibuka tiga kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mei dan September.