Keselamatan Siber Jadi Fokus Diploma Sains Komputer Cyberlynx | Cyberlynx

Keselamatan Siber Jadi Fokus Diploma Sains Komputer Cyberlynx

Diploma Sains Komputer

Di Kolej Antarabangsa Cyberlynx (Cyberlynx), kami menawarkan pelbagai program yang menarik buat mereka yang ingin menceburi dunia dalam pelbagai bidang.

Salah satunya adalah Diploma Sains Komputer atau turut dikenali sebagai Computer Science (CS).

Dengan dunia siber semakin menjadi keutamaan dan keselamatan data sentiasa terancam, ianya mendorong kepada fokus Cyberlynx untuk memastikan pengajian CS adalah berkaitan dengan perkara tersebut.

Fokus pengajian CS di Cyberlynx tertumpu kepada aspek keselamatan siber serta kerjaya yang berkenaan dengan bidang ini.

Ketika tempoh pengajian, pelajar akan didedahkan kepada latihan keselamatan siber. Selain itu, mereka juga akan dilatih mengenai pengurusan akses dan identiti serta pengenalan kepada konsep kriptografi.

Mereka juga akan didedahkan kepada pendidikan mengenai keselamatan sistem, pemantauan dan logging, keselamatan web dan banyak lagi.

Nampak menarik bukan? Untuk info lanjut anda boleh dapatkan di sini.