Cyberlynx & UiTM Jalin Kerjasama Pacu Kualiti Pendidikan| Cyberlynx

Cyberlynx & UiTM Jalin Kerjasama Pacu Kualiti Pendidikan

UiTM Cyberlynx

Kolej Antarabangsa Cyberlynx (Cyberlynx) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) baru-baru ini telah memeterai kerjasama bagi memacu tahap pendidikan ke tahap lebih tinggi.

Dalam sebuah majlis khas yang diadakan di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam, satu memorendum persefahaman antara kedua-dua pihak telah ditandantangani dengan fokus kerjasama akan tertumpu kepada pelbagai projek.

Antara projek yang bakal dilakukan oleh kedua-dua institusi pendidikan ini adalah program pertukaran kepakaran fakulti, penganjuran acara dan kursus pendek.

Selain itu, kerjasama antara Cyberlyxn dan UiTM juga bakal menyaksikan penawaran program akademik secara kerjasama turut dilakukan. Dalam masa yang sama, perkongsian kepakaran pembangunan modal insan turut dilakukan.

Kedua-dua insitusi pendidikan ini juga bersetuju untuk menambah lagi projek kerjasama dari masa ke masa.

Memorandum persefahaman tersebut telah ditandantangi oleh Dato’ Seri Dr Erwan Dato’ Haji Mohd Tahir yang merupakan Pengerusi Kolej Antarabangsa Cyberlynx.

Sementara bagi pihak UiTM pula ditandantangi oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) merangkap pemangku Naib Canselor, Profesor Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor.

Kerjasama yang dilakukan oleh Cyberlynx dan UiTM dilihat sebagai pemacu kepada pendidikan tinggi di negara ini.

Misi kerjasama ini juga untuk meningkatkan potensi Cyberlynx dan UiTM dalam menghasilkan graduan yang berkualiti tinggi untuk pasaran kerja kelak.

Majlis ini turut dihadiri oleh delegasi Cyberlynx yang lain seperti Pengerusi Lembaga Pengelola Cyberlynx, YBhg Laksamana (Bersara) Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar Hj Mohd Nor, Pengarah Urusan Cyberlynx, Dato’ Swaminathan Mahalingam dan Ketua Eksekutif Cyberlynx, Dr Sivakumar Pertheban.