4 Tips Untuk Persiapkan Mental Menjelang Perlawanan Bola Sepak| Cyberlynx

4 Tips Untuk Persiapkan Mental Menjelang Perlawanan Bola Sepak

Rada Krishnan Radesan

Seperti persediaan fizikal, mental juga perlu dipersiap dengan rapi sebelum perlawanan.

Persediaan mental adalah sama penting dengan fizikal. Sekiranya ianya tidak dipersiap dengan rapi, pemain berpotensi untuk mengalami keruntuhan emosi (emotional breakdown) ketika bermain dan gagal mengawal emosi mereka.

Menurut Pengarah Teknikal Akademi YFA Red Star, Rada Krishnan Nadesan yang juga merupakan alumni Diploma Pengajian Bola Sepak di Cyberlynx, beliau menggariskan empat persediaan perlu dilakukan untuk mental pemain.

Berikut adalah empat tips untuk memastikan mental pemain berada dalam keadaan terbaik sebelum beraksi:

Wujudkan rutin pra-perlawanan

Menurut Rada, ruti pra-perlawanan amat penting untuk persiapan mental kerana ianya dapat membantu memberikan keyakinan kepada pemain.

Perkara ini boleh dilakukan ketika memanaskan badan dengan melakukan persediaan untuk fizikal dan mental secara serentak.

Ianya boleh membantu pemain untuk berasa yakin, fokus dan berada dalam keadaan tenang sebelum beraksi.

Fokus pada perlawanan sahaja

Satu perkara yang menyebabkan pemain sering gagal mengawal mental mereka adalah kerana terlalu fikirkan pihak lawan.berbanding perlawanan itu sendiri.

Pemain lazimnya cenderung untuk membandingkan diri mereka dengan pihak lawan dari segala aspek. Perbandingan itu akan berlaku lebih-lebih lagi berhadapan dengan pasukan yang lebih hebat.

Menurut Rada, adalah lebih penting untuk meneguhkan kekuatan, fokus kepada persediaan sebelum perlawanan dan mengelak daripada melakukan perbandingan negatif dalam pertandingan.

Proses lebih penting

Fokus haruslah diutamakan kepada proses pembangunan sebagai pemain dan bukannya kepada keputusan perlawanan semata-mata.

Akibat daripada terlalu mengutamakan keputusan perlawanan adalah pemain akan berfikir terlalu jauh dan meletakkan jangkaan tidak munasabah kepada diri sendiri.

Perkara ini akan membuatkan pemain akan hilang fokus kepada perlawanan, tidak mengikuti taktikal yang ditetapkan jurulatih dan mula beraksi buruk.

Percaya diri sendiri

Apa yang paling penting adalah percaya kepada diri sendiri menurut Rada.

Ada pemain yang mengalami masalah untuk membiasakan diri ketika perlawanan-perlawanan penting. Jadi, apa yang perlu dilakukan mereka adalah jangan terlalu mencuba dan fokus pada perlawanan.

Mainlah dengan tanpa resah dan percaya pada skil yang ada pada anda.