Kenapa Charlton Athletic Pentingkan Pendidikan Di Akademi Mereka?| Cyberlynx

Kenapa Charlton Athletic Pentingkan Pendidikan Di Akademi Mereka?

Akademi Charlton Athletic

Bola sepak terutamanya di England merupakan sebuah sukan yang dimainkan oleh ramai orang.

Malah, mereka juga mempunyai industri yang menjana jutaan Pound Sterling kepada ekonomi negara dengan kewujudan Premier League serta English Football League.

Besar sesebuah industri itu, maka jumlah pemainnya cukup ramai di dalamnya. Di England, terdapat 3,500 pemain yang beraksi di akademi bola sepak milik pasukan Premier League.

Ramai bukan? Tetapi berapa ramai yang berjaya menjadi pemain profesional dari jumlah tersebut? – hanya kurang daripada 0.5% sahaja.

Selebihnya ke mana mereka pergi? Jalannya tidak nyata.

Selepas ditakdirkan gagal untuk menjadi pemain profesional, pemain-pemain ini majoritinya tidak mempunyai pendidikan selain hanya diajar menendang bola saja.

Lalu, mereka memilih jalan pintas untuk memperoleh kekayaan yang hampir sama dengan menjadi pemain bola sepak iaitu menjadi penjenayah.

Situasi itu jelas sekali tidak baik buat mereka, dan kerana itulah Charlton Athletic memilih untuk mempersiap pemain akademi mereka dengan pendidikan di luar padang bola sepak.

Di Charlton, mereka menyediakan kurikulum pendidikan yang membantu pemain untuk turut mempelajari hal-hal akademik supaya mereka tidak ketinggalan.

Malah, mereka turut menyediakan program kebajikan pemain secara kerap buat bakat-bakat akademi mereka.

“Kami di sini menyediakan program pendidikan yang untuk membantu pemain daripada hilang tujuan selepas mereka dilepaskan oleh kelab.”

“Di sini, kami sering melakukan sesi kebajikan pelajar secara kerap untuk siapkan mental mereka seandainya bola sepak bukannya karier masa depan mereka,” kata wakil akademi Charlton iaitu Joe Francis.

Menurut Francis, perkara ini cukup besar bagi Charlton kerana mereka perlu memastikan pemain tidak mengalami tekanan emosi apabila dilepaskan oleh pasukan.

“Ada pemain yang telah bersama kami sejak dari usia lapan, sembilan tahun. Dan apabila mereka meninggalkan kelab selepas dilepaskan, pasti akan ada keruntuhan emosi yang berlaku.”

“Keruntuhan emosi itu pastinya akan muncul, jadi pentingnya bagi kami menjaga kebajikan emosi, mental dan pembangunan peribadi pemain semasa mereka berada di sini.”

Pendekatan yang Charlton lakukan adalah seseutu yang penting bagi pemain dan industri bola sepak. Ianya kerana, bola sepak bukan sekadar menjadi pemain dan jurulatih tetapi lebih daripada itu.

Dan itulah yang dibawakan oleh Cyberlynx menerusi Diploma Pengajian Bola Sepak atau Diploma Football Studies.

Menerusi DFS, pelajar bukan sahaja diberi peluang untuk berlatih di akademi Cyberlynx malah mereka turut diberi pendidikan mengenai industri bola sepak merentasi pelbagai cabang seperti pengurusan dan sains sukan.

Dengan Cyberlynx, anda bukan sahaja kuasai padang bola sepak tetapi industrinya juga.