Footballers With Brain: 3 Pemain Tempatan Yang Berpendidikan Tinggi| Cyberlynx

Footballers With Brain: 3 Pemain Tempatan Yang Berpendidikan Tinggi

Bola sepak, jika berjaya dilakukan dengan betul. Anda pasti boleh mencipta kekayaan menerusinya.

Gaji yang tinggi, peluang penajaan bernilai jutaan ringgit serta kemasyhuran di dalam dan luar padang bakal menanti anda jika berjaya menjadi bintang bola sepak.

Namun begitu, semua itu perlu disokong dengan latar pendidikan yang baik untuk menjamin masa depan yang lebih baik selepas tamat bermain.

Oleh itu, jom saksikan tiga pemain tempatan yang mempunyai kelulusan yang hebat dalam pendidikan.

Mahali Jasuli (PJ City)

Pemain PJ City ini pernah mencipta sensasi bersama skuad kebangsaan terutamanya ketika Piala AFF 2010 serta Sukan SEA 2011 di Indonesia.

Mahali mempunyai karier yang menarik untuk diperkatakan apabila bermain untuk pasukan-pasukan seperti Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT). Kini bermain untuk PJ City, Mahali terus menjadi nadi utama pasukan diwakilinya.

Untuk rekod, bekas pemain kebangsaan ini mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan Sumber Manusia) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Mahali memperolehnya sewaktu bermain untuk Harimau Muda A.

K. Reuben (Sarawak United)

Selain Mahali, Reuben juga merupakan pemain yang diingati terutamanya ketika era kebangkitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2012.

Pemain yang terkenal dengan kekerasan ketika beraksi serta sering memasukkan baju di dalam seluar tanpa gagal ketika bermain merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains & Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bukan itu sahaja, Reuben juga merupakan graduan Victoria Insitution yang merupakan antara sekolah terulung di Malaysia.

Bryan See (Pulau Pinang)

Penjaga gol berbangsa Cina ini merupakan antara salah seorang pemain yang mempunyai kelulusan yang hebat dalam akademik.

Akademik jelas sekali merupakan minat Bryan selain bola sepak. Selepas cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperoleh 9A, beliau mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Johns Hopkins University, Amerika Syarikat.

Perjalanan beliau tidak terhenti disitu apabila beliau mendapatkan pula Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam di universiti yang sama secara sambilan. Sememangnya idola!

Anda juga boleh jadi seperti mereka!

Anda juga boleh ikut jejak langkah mereka dengan menyertai kami di Kolej Antarabangsa Cyberlynx!

Kami menyediakan program Diploma Pengajian Bola Sepak yang bakal mempersiapkan anda dengan ilmu yang diperlukan untuk menguasai industri sukan nombor satu dunia ini.

Dengan Cyberlynx, anda bukan sahaja kuasai padang bola sepak tetapi industrinya sekali!

Kredit gambar: PJ City