Kisah James Rodriguez Atasi Masalah Gagap Bercakap Ketika Remaja | Cyberlynx

Kisah James Rodriguez Atasi Masalah Gagap Bercakap Ketika Remaja

James Rodriguez

Beliau mungkin seorang pemain yang lincah di atas padang, aksi cukup memukau sesiapa saja yang melihatnya.

Tetapi tahukah anda, James Rodriguez mengalami masalah gagap ketika bercakap?

Pemain kebangsaan Colombia ini mempunyai masalah gagap bercakap sejak dari kecil dan ini menjejaskan dirinya daripada menjadi yakin apabila bercakap di khalayak umum.

Ketika kanak-kanak, James mengalami masalah percakapan yang serius yang membawa kepada dirinya untuk menjadi gagap. Rakan-rakan James di akademi turut mengakui mereka begitu jarang sekali mendengar pemain itu bercakap.

Masalah yang dialami oleh James membuatkan beliau menjadi sangat pemalu dan tidak mahu berdepan dengan khalayak umum seperti melakukan temu ramah bersama media.

Namun begitu, James dan keluarganya tidak patah semangat. Mereka mendapatkan bantuan dari pakar terapi percakapan untuk memulihkan masalahnya itu.

James juga mempunya inisiatifnya sendiri apabila beliau sentiasa membaca buku dengan nada suara yang kuat. Hasilnya pada usia 17 tahun beliau semakin pulih dari masalah tersebut dan tidak lagi mempunyai masalah gagap yang kritikal.

Keyakinan tinggi itu telah mendorong beliau untuk meneruskan pelajaran sehingga berjaya memperoleh ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan komputer menerusi pendidikan jarak jauh.

Anda juga boleh menjadi seperti James dengan menyertai kami di Kolej Antarabangsa Cyberlynx.

Kami menawarkan program Diploma Pengajian Bola Sepak yang bakal membentuk anda menjadi seorang individu yang menguasai industri bola sepak secara luaran dan dalaman.

Dengan Cyberlynx, anda bukan sahaja menguasai bola sepak, anda turut kuasai industrinya.