Macam Mana Usahawan Bina Aplikasi Telefon Pintar Mereka? - Cyberlynx

Macam Mana Usahawan Bina Aplikasi Telefon Pintar Mereka?

Telefon Pintar

Masa kini, telefon pintar sudah mula menjadi peranti lazim bagi kita semua.

Ianya mungkin dianggap sebagai kehendak sahaja apabila ia mula-mula dikeluarkan, namun ketika ini ianya sudah menjadi keperluan semua orang untuk berhubung.

Salah satu elemen utama dalam telefon pintar adalah aplikasi atau app. Dengan aplikasi ini, pengguna telefon pintar boleh bermain permainan, melayari media sosial dan pelbagai lagi.

Banyak masalah kita dapat diselesaikan hasil bantuan daripada usahawan yang mencipta aplikasi yang membantu mereka.

Tetapi jika anda sebagai seorang usahawan yang mahu membina aplikasi, mesti terfikir bagaimana ia dihasilkan?

Jom kita belajar!

Kenal pasti ruang kosong

Sebelum mula membina aplikasi, kita perlu pastikan kenapa kita mahu membinanya.

Adakah kerana mahu mengikut tren atau ingin menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna?

Sebagai usahawan, pastinya anda mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna. Betul?

Masalah itu sentiasa ada jadi usahawan boleh mengambil peluang itu dengan mencipta aplikasi yang menyelesaikan perkara tersebut.

Selepas sudah kenal pasti masalah yang hendak diselesaikan, adalah perlu untuk menyemak keperluan aplikasi yang hendak anda bina.

Menyemak keperluan ini adalah dimana anda melihat sendiri ke pasaran dan menilai berapa ramai orang yang memang memerlukan penyelesian kepada masalah yang hendak anda selesaikan itu.

Penggunaan Google Keyword Planner juga boleh membantu anda untuk mencari apakah masalah yang sering dicari oleh pengguna yang boleh anda selesaikan dengan membina aplikasi.

Masa untuk membina aplikasi

Kini sudah tiba masa untuk kita bina aplikasi!

Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah anda perlu menyenaraikan aliran serta ciri-ciri (feature) yang mahu disediakan di dalam aplikasi.

ALiran yang dimaksudkan adalah anda menentukan bagaimana aplikasi itu akan digunakan oleh pengguna kelak.

Perancangan yang baik pada aliran akan menghasilkan pengalaman pengguna (user experience) yang baik.

Selepas anda menentukan corak aliran dan juga ciri-ciri yang hendak diletakkan di dalam aplikasi, anda perlu menapis pula ciri-ciri yang anda telah senaraikan.

Pada waktu ini, anda perlu mengeluarkan mana-mana ciri yang tidak begitu penting. Sebaliknya, kekalkan ciri-ciri yang hanya memberikan nilai kepada aplikasi anda.

Namun, jangan buang terus ciri-ciri yang anda singkirkan itu. Sebaliknya, anda boleh masukkan ke dalam aplikasi anda menerusi kemas kini (update).

Langkah seterusnya yang anda perlu lakukan adalah menentukan lakaran atau design untuk aplikasi anda.

Lakaran yang baik bukan sahaja memberikan rupa paras yang baik pada aplikasi anda tetapi pengalaman pengguna yang mantap kepada pengguna.

Untuk mendapatkan hasil lakaran yang terbaik, anda perlu mencari pembangun (developer) yang berkualiti.

Apabila mencari pembangun, pastikan mereka mempunyai bakat melakar yang tinggi kerana dari situlah aplikasi anda akan direalisasikan dengan cukup baik.

Oh ya! pastikan anda menyemak latar belakang serta portfolio pembangun tersebut sebelum anda memilih mereka untuk membina aplikasi anda.

Apa lagi perlu dilakukan?

Langkah seterusnya yang perlu anda lakukan adalah untuk melancarkan aplikasi anda.

Tetapi sebelum perkara itu boleh dilakukan, anda perlu mencipta akaun pembangun anda di platform yang anda mahu letakkan aplikasi itu.

Anda boleh pilih sama ada hendak meletakkan aplikasi anda di Apple App Store, Google Play Store atau pun kedua-duanya sekali.

Selepas itu, barulah aplikasi anda berjaya dilancarkan dan boleh dimuat turun oleh orang ramai!

Lepas dah lancar, nak buat apa?

Selepas aplikasi anda sudah dilancarkan kepada orang ramai, analitik perlu dilakukan terhadap aplikasi tersebut.

Dengan analitik, anda boleh perhatikan jumlah muat turun aplikasi, interaksi antara pengguna (user engagement) dan pelbagai lagi.

Analitik amat penting dalam dunia digital kerana ianya boleh membantu anda menganalisa pelbagai perkara mengenai aplikasi anda.

Maklum balas pengguna juga amat penting dalam memastikan kemajuan aplikasi anda.

Dapatkan maklum balas daripada pengguna untuk melihat sejauh mana keberkesanan aplikasi anda serta kelemahan yang ada padanya untuk dibaiki pada masa akan datang.

Akhir sekali, anda juga boleh menambah ciri-ciri baharu kepada aplikasi anda.

Seperti yang disebutkan di awal artikel, penambahan ciri-ciri baharu boleh dilakukan pada masa hadapan dengan mengambil kira analitik yang diperoleh serta maklum balas daripada pengguna.

Sumber: Entrepreneur