5 Filem & Siri Kepolisan Yang Sentiasa Dekat Di Hati Kita - Cyberlynx

5 Filem & Siri Kepolisan Yang Sentiasa Dekat Di Hati Kita

Polis Evo

Dalam dunai hiburan, kita disajikan dengan pelbagai bentuk drama dan filem.

Terdapat filem dan drama berunsurkan komedi, seram, cinta malah juga aksi.

Dalam filem dan drama bergenrekan aksi, lazim kita kerjaya sebagai polis dijadikan fokus utama.

Lazimnya ia akan menunjukkan kualiti dan kecekapan pihak polis dalam menyelesaikan masalah jenayah serta berusaha untuk menewaskan penjenayah.

Oleh itu, kami akan bawakan kepada anda lima filem dan drama kepolisan yang selalu dekat di hati kita semua.

Crime Scene Investigation (CSI)

Siapa yang tidak kenal akan siri dari Amerika Syarikat ini yang bertahan dari tahun 2000 hingga 2015.

CSI merupakan siri kepolisan yang dicipta oleh Anthony Zuiker mengisahkan mengenai bagaimana sekumpulan polis yang merupakan saintis di bahagian forensik Las Vegas Police Department menyelesaikan masalah pembunuhan yang dihadapi.

Siri yang bertahan selama 15 tahun ini mempunyai 16 musim keseluruhannya termasuk cerekarama yang bertajuk Immortality.

CSI juga merupakan francais drama yang cukup berjaya dengan bukan sahaja mempunyai siri CSI: Las Vegas, tetapi mereka juga mempunyai CSI: Miami, CSI: New York dan CSI: Cyber.

Gerak Khas

Jika Amerika Syarikat mempunyai siri CSI, Malaysia mempunyai drama kepolisan yang turut dekat di hati kita semua iaitu Gerak Khas.

Drama yang merupakan idea Datuk Yusof Haslam ini merupakan siri drama kepolisan yang mengisahkan bagaimana Polis DiRaja Malaysia membanteras jenayah di negara kita.

Gerak Khas menfokuskan pelbagai jenis jenayah yang dilakukan di negara kita seperti rompak, culik, pemerdagangan manusia serta penggubahan wang haram.

Siri Gerak Khas yang baru saja menamatkan penyiarannya tahun ini menerusi musim Gerak Khas: The Finale menjadikan mereka drama rantaian paling lama disiarkan di Malaysia bermula pada 1999 hingga 2021.

Ianya menjadikan 1054 episod keseluruhan termasuk tiga filem yang dihasilkan dari tahun 2001 hingga 2005.

New Police Story

Tak lengkap untuk kami bercerita mengenai filem aksi tanpa Jackie Chan dan filem New Police Story beliau.

New Police Story adalah salah satu daripada tujuh filem kepolisan yang dibintangi beliau dalam francais Police Story.

Bermula dari 1985, New Police Story adalah filem yang keenam dan dihasilkan pada 2004.

Mengisahkan mengenai detektif Chan Kwok-Wing yang secara tak sengaja memimpin keseluruhan pasukannya kepada maut ketika dalam misi menewaskan penjenayah, Kwok-Wing bangkit semula untuk menuntut kematian rakan seperjuangnya.

Namun tugasnnya bukan mudah kerana terpaksa bermula sendiri tetapi muncul seorang rakan untuk membantunya menewaskan penjenayah tersebut.

Polis Evo

Polis Evo dianggap sebagai nafas baharu kepada drama atau filem bercorak kepolisan di Malaysia selepas wujudnya Gerak Khas.

Dibintangi oleh Shaheizy Sam (sebagai Khai) dan Zizan Razak (sebagai Sani), Polis Evo mengisahkan mengenai dua pegawai polis yang mempunyai personaliti berbeza terpaksa bekerjasama untuk menumpaskan penjenayah.

Menyertai misi untuk menumpaskan sindiket pengedaran dadah, Khai dan Sani berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ahli keluarga Sani yang diculik sebagai tebusan.

Polis Evo hadir buat kali pertama pada tahun 2015 sebelum sekuel Polis Evo 2 muncul tiga tahun kemudian.

Criminal Minds

Siri Criminal Minds merupakan sebuah francais yang membawa penonton kepada sudut berbeza badan kepolisan.

Hal ini kerana, siri ini menfokuskan oleh kepada bagaimana polis menyelesaikan jenayah menerusi analisis kepada sikap manusia.

Dicipta oleh Jeff Davis, siri ini mengisahkan mengenai Unit Analisis Tingkah Laku FBI menyelesaikan kes-kes yang dihadapi mereka dengan menggunakan teknik profil dan analisis tingkah laku.

Siri ini bermula pada 2005 dan berakhir pada 2020 dengan sebanyak 324 episod terhasil dari 15 musim.

Ianya sebuah dunia yang menarik!

Bidang kepolisan dan penyiasatan amat menarik untuk diterokai. Walaupun ianya mempunyai risiko yang tinggi tetapi ianya mencetuskan keseronokan yang maksima.

Anda juga boleh menyertai dunia kepolisan dan penyiasatan dengan menyertai program diploma kami di Cyberlynx!

Menerusi Diploma Kepolisan & Penyiasatan, anda akan didedahkan dengan ilmu-ilmu mengenai kepolisan, penyiasatan, penguatkuasaan dan undang-undang.

Apa yang pasti, anda akan belajar dari mereka yang cukup ‘masak’ dengan dunia kepolisan dan penyiasatan ini sepanjang tempoh 2.5 tahun pengajian.

Ayuh sertai kami! Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Kredit gambar: Casey’s Movie Mania