Inilah 'Education Pathway' Yang Bakal Dilalui Jika Anda Sertai Cyberlynx!- Cyberlynx

Inilah ‘Education Pathway’ Yang Bakal Dilalui Jika Anda Sertai Cyberlynx!

Kolej Antarabangsa Cyberlynx

Pembelajaran terutamanya di peringkat pengajian tinggi mempunyai pelbagai aras dan cabangnya.

Pelajar yang memasuki insitusi pengajian tinggi, mempunyai beberapa jalan yang boleh ditempuhi mereka dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

Jadi, bagaimana dengan jalan yang perlu ditempuh sekiranya anda memilih untuk menyertai kami di Kolej Antarabangsa Cyberlynx?

Di Cyberlynx, kami menyediakan laluan pendidikan atau education pathway yang jelas kepada anda untuk merancang masa depan.

Bukan sahaja jelas, tetapi ianya juga memberikan beberapa pilihan untuk dipilih oleh anda.

Dua jalan berbeza

Untuk menyertai Cyberlynx, terdapat dua jalan berbeza untuk menyertai mana-mana program yang ditawarkan kami.

Jalan yang paling lazim adalah menerusi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan anda perlu memperoleh sekurang-kurangnya satu kredit dalam peperiksaan tersebut.

Jika anda merupakan lepasan SPM yang mengambil program sijil, anda juga dialu-alukan untuk menyertai kami di Cyberlynx dengan hanya perlu kredit satu subjek sahaja!

Selain daripada SPM, anda juga boleh menyertai kami sebagai pelajar lulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Tiga pintu untuk dibuka

Apabila anda menyertai kami di Cyberlynx untuk program diploma, pengajian akan berjalan selama 2.5 tahun.

Selepas tamat pengajian diploma, anda mempunyai tiga jalan untuk anda pilih selepas tamat belajar.

Satu jalan yang lazim adalah terus bekerja dengan menyeryai dunia pekerjaan dalam bidang yang anda ceburi.

Dua jalan lagi adalah anda boleh memilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda.

Salah satu pilihan daripada dua jalan ini adalah anda boleh menyertai mana-mana universiti di Malaysia dengan mengambil program ijazah sarjana muda selama dua tahun.

Tetapi jika anda mahukan pengalaman belajar di luar negara, anda boleh memilih satu lagi jalan iaitu dengan melanjutkan pengajian anda di peringkat yang sama di United Kingdom selama setahun.

Di Cyberlynx, kami mempunyai jalinan kerjasama dengan beberapa universiti di United Kingdom seperti University of Bedfordshire, Middlesex Unitersity London dan juga Bucks New University.

Sudah jelas dengan laluan pendidikan ini? Teruja nak sertai kami di Cyberlynx?

Apa tunggu lagi, daftar sekarang dan anda boleh sertai kami dengan memilih dari sembilan program diploma yang kami tawarkan.

Muat turun borang pendaftaran anda dengan klik di sini. Jom!