Inilah 5 Permainan Telefon Pintar Paling Laku Di Dunia- Cyberlynx

Inilah 5 Permainan Telefon Pintar Paling Laku Di Dunia

Permainan Telefon Pintar

Pada era kini, boleh dikatakan hampir semua pemilik telefon pintar mempunyai sekurang-kurangnya satu permainan di dalamnya.

Tidak kira sama ada permainan itu adalah lebih kepada santai atau berat, pastinya akan ada di dalamnya.

Jadi, untuk penulisan kali ini penulis mahu merungkai lima permainan telefon pintar yang paling laku di dunia ketika ini.

Statistik ini berdasarkan oleh carta paling laku atau top grossing di laman Google Play Store (maaf, penulis bukannya pengguna iOS).

Ayuh kita mula!

5. PES Mobile

PES mungkin tewas ditangan musuh tradisi iaitu FIFA di platform konsol dan PC tetapi di telefon pintar merekalah raja.

PES Mobile merupakan permainan berasaskan bola sepak yang paling laku di Play Store dan di dalam carta keseluruhan mereka berada ditangga kelima.

Mempunyai 100 juta lebih muat turun, PES Mobile merupakan permainan bola sepak yang membolehkan pemain mencipta pasukan idaman mereka yang dibarisi oleh bintang-bintang ternama.

Pemain boleh mengumpul bintang kegemaran mereka dengan membuka bola-bola yang berbeza mengikut warna seperti emas, perak dan gangsa.

Setiap bola tersebut memberikan kualiti pemain yang berbeza-beza mengikut warna bola.

Mereka juga mempunyai rating purata 4.3/5.0 daripada lebih tujuh juta penilaian pengguna.

Bakal dijenamakan semula sebagai eFootball untuk edisi akan datang, permainan ini mempunyai ciri-ciri pembelian dalam aplikasi atau in-app purchase seperti dalam majoriti permainan telefon pintar.

4. Mobile Legends: Bang Bang

Seriuslah Moontoon?!

Ya benar, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) adalah permainan keempat paling banyak dimuat turun di Play Store.

MLBB dimuat turun sebanyak lebih 100 juta kali dengan permainan tersebut menerima purata rating 4.1/5.0 daripada lelbih 27 juta penilaian pengguna dibuat.

Permainan ini adalah aksi arena pertarungan antara pemain dalam talian (multiplayer online battle arena) yang menyaksikan lima pemain akan bergandingan sebagai satu pasukan untuk menewaskan pihak lawan yang juga mempunyai bilangan pemain yang sama.

MLBB merupakan permainan telefon pintar yang cukup terkenal terutamanya di Malaysia dan popularitinya menjadikan ia salah sebuah e-sukan bagi telefon pintar di negara ini.

3. Genshin Impact

Genshin Impact merupakan permainan ketiga terlaris di Play Store dengan ianya memperoleh lebih juta 10 juta muat turun.

Tetapi apa yang membuatkan mereka berjaya mengatasi PES Mobile dan MLBB adalah kerana rating yang diperoleh mereka adalah sebanyak 4.6/5.0 daripada sejuta penilaian pengguna.

Genshin Impact adalah permainan dunia terbuka (open world) dengan pemain bakal meneroka sebuah dunia bernama Teyvat.

Di Teyvat, pemain akan merungkai pelbagai misteri di dunia tersebut sambil perlu mencari jawapannya dari The Seven yang merupakan dewa kepada tujuh elemen berbeza.

2. PUBG Mobile

PlayerUnknown’s Battle Ground atau PUBG ini merupakan permainan tembak menembak yang cukup terkenal di Malaysia.

Diletakkan sebagai permainan kedua terlaris di Play Store, PUBG Mobile mempunyai jumlah muat turun sebanyak lebih 500 juta!

PUBG Mobile membolehkan pemain bermain permainan tembak menembak dengan format battle royale di pelbagai peta seperti Sanhok, Miramar, Erangel dan banyak lagi.

Apa yang menarik mengenai peta-peta ini semua ianya mempunyai ciri-ciri yang berbeza menerusi iklim dan muka bumi.

Sebagai contoh Sanhok merupakan peta berasaskan tempat di Asia Tenggara sementara Miramar menggambarkan suasana di Amerika Tengah manakala Erangel di Rusia.

PUBG Mobile menerima rating 4.3/5.0 hasil daripada penilaian oleh lebih 38 juta pengguna.

1. Free Fire

Inilah permainan yang paling laku di Play Store ketika ini!

Free Fire keluaran Garena mencatatkan bilangan muat turun yang cukup hebat iaitu sebanyak lebih 1 bilion!

Sama seperti PUBG Mobile, Free Fire adalah permainan tembak menembak yang berasaskan battle rolaye dimana pemain perlu menjadi orang terakhir yang bertahan di sebuah pulau.

Pemain tersebut akan menentang 49 pemain lain di pulau tersebut jika beraksi secara solo. Untuk kumpulan, sebanyak empat pemain boleh dijadikan sebuah skuad.

Free Fire menerima rating sebanyak 4.2/5.0 daripada lebih 91 juta penilaian pengguna.

Sumber: Google Play Store