Sijil Perakaunan Cyberlynx: Langkah Pertama Anda Jadi Akauntan - Cyberlynx

Sijil Perakaunan Cyberlynx: Langkah Pertama Anda Jadi Akauntan

Sijil Perakaunan Cyberlynx

Perakaunan merupakan sebuah bidang yang cukup besar dalam pasaran kerja.

Permintaan untuk industri ini lazimnya tinggi dengan graduan perakaunan yang dihasilkan oleh insitusi pendidikan sering menjadi rebutan majikan.

Jika di sekolah, langkah permulaan untuk memasuki dunia perakaunan adalah dengan memasuki kelas aliran perakaunan yang menawarkan subjek Prinsip Perakaunan.

Tetapi apakah langkah yang boleh diambil untuk meneroka dengan lebih lagi mengenai dunia perakaunan selepas tamat persekolahan?

Jawapannya adalah dengan menyertai program perakaunan di peringkat sijil yang ditawarkan di Kolej Antarabangsa Cyberlynx.

Program Sijil Perakaunan Cyberlynx adalah baby step bagi mereka yang ingin menceburi bidang perakaunan di masa akan datang.

Menerusi program ini, pelajar akan didedahkan kepada asas-asas perakaunan dalam bentuk teori, metadologi serta latihan yang bersesuaian.

Pelajar-pelajar dalam program ini akan didedahkan kepada subjek-subjek seperti perakaunan kewangan, percukaian dan lain-lain yang boleh membantu mereka meneruskan pengajian ini di peringkat lebih tinggi.

Apa yang lebih menarik, program Sijil Perakaunan Cyberlynx ini turut bakal mempersiapkan pelajarnya dengan pendidikan mengenai keusahawanan yang bakal memberi manfaat kepada mereka apabila ingin membuka perniagaan sendiri.

Program ini berdurasi selama setahun dengan pengambilan dilakukan pada Januari atau Mei mahupun Ogos.

Syarat minimum untuk menyertai program ini adalah lulus Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) atau memperoleh kredit dalam matematik dan lulus bahasa Inggeris.

Bagi mereka yang mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pula, mereka perlu lulus peperiksaan SKM tahap dua sambil lulus SPM dengan kredit dalam peperiksaan matematik.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca di sini.

Kredit gambar: FreePik