Elemen Keusahawanan Jadi Intipati Utama Diploma Fesyen Cyberlynx - Cyberlynx

Elemen Keusahawanan Jadi Intipati Utama Diploma Fesyen Cyberlynx

Diploma Fesyen Cyberlynx

Authentic image of a tailor / fashion designer working

Tuntutan dunia pekerjaan hari ini memerlukan seseorang itu untuk menjadi inovasi dan tidak mengharapkan kepada kemahiran yang ada semata-mata.

Begitu juga dalam bidan fesyen, kemahiran mencipta rekaan yang gilang gemilang perlu seiring dengan inovasi dalam perniagaan untuk memastikan jenama yang dibawa berjaya di luar sana.

Itulah sasaran yang ditetapkan oleh Kolej Antarabangsa Cyberlynx (Cyberlynx) dalam satu lagi pengajian mereka iaitu Diploma Fesyen.

Dalam pengajian yang berdurasi selama 2.5 tahun bagi pelajar sepenuh masa ini, pelajar bukan sahaja didedahkan dengan pengajian mengenai rekaan fesyen semata-mata.

Sebaliknya, pelajar juga akan didedahkan kepada spektrum keusahawanan untuk menjadikan mereka pengusaha fesyen yang berjaya.

Selain belajar mengenai fesyen itu sendiri, pelajar juga akan didedahkan mengenai perihal kewangan, perundangan asas perdagangan.

Pendedahan kepada ilmu sedemikian amat penting bagi pelajar yang bakal mengusahakan perusahan fesyen mereka sendiri serta urusan import eksport produk.

Bukan itu sahaja, selepas tamat pengajian pelajar akan menikmati skim jaminan kerjaya oleh Cyberlynx. Dengan skim ini, pelajar kini hampir pasti menempatkan diri mereka di dalam industri fesyen.

Berminat dengan program ini? Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai Diploma Fesyen Cyberlynx di sini.