6 Komunikasi Penting Ketika Bermain Bola Sepak - Cyberlynx

6 Komunikasi Penting Ketika Bermain Bola Sepak

Komunikasi bola sepak

BRIGHTON, ENGLAND - JANUARY 01: Kepa Arrizabalaga of Chelsea shouts instructions during the Premier League match between Brighton & Hove Albion and Chelsea FC at American Express Community Stadium on January 01, 2020 in Brighton, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Komunikasi merupakan satu perkara yang amat penting di dalam kehidupan.

Dengan komunikasi, kita dapat berhubung dengan orang lain selain berinteraksi serta menyelesaikan masalah.

Dalam bola sepak juga, komunikasi juga merupakan kunci kepada kejayaan pasukan.

Menerusi komunikasi yang baik, pasukan boleh beraksi dengan cemerlang dan mampu untuk memperoleh kemenangan.

Dalam penulisan hari ini, kami ingin tunjukkan enam jenis komunikasi yang sering digunakan oleh pasukan ketika sedang bermain bola sepak menurut Pengarah Teknikal YFA Red Star Football Education – Encik Rada Krishnan Nadesan.

Tukar! 

Tukar atau switch merupakan salah satu bentuk komunikasi bola sepak yang biasa dilakukan ketika perlawanan.

Lazimnya, arahan tukar ini dikeluarkan adalah bertujuan untuk mengubah arah permainan dengan mengerakkan bola sepak kawasan padang yang lain.

Sebagai contoh, jika pasukan A sedang menguasai bola tetapi menerima tekanan yang tinggi dari pasukan B di bahagian kiri padang, jurulatih akan meminta pemainnya menukar arah permainan dengan melakukan hantaran ke sebelah kanan padang pula.

Ambil masa

Ambil masa atau time merupakan arahan bertenang yang diberikan kepada pemain yang sedang mengawal bola.

Arahan bertenang ini bertujuan untuk membolehkan pemain yang mengawal bola untuk melihat rakan-rakan yang berada dalam kedudukan yang terbaik untuk menerima hantaran.

Slelain itu, isyarat ambil masa ini juga digunakan untuk memboleh pasukan merencana semula gerakan serangan mereka.

Man on!

Arahan ini sering diberikan oleh pemain kepada rakan sepasukannya yang sedang mengawal bola.

Ianya disuarakan kerana untuk memberikan amaran yang terdapat pemain lawan yang sedang menghampiri dengan tujuan untuk merampas bola.

Apabila arahan ini dikeluarkan, pemain akan lebih bersedia dengan ancaman yang ada disekelilingnya dan tidak terlalu leka ketika mengawal bola.

Push up

Arahan ini lazimnya dikeluarkan oleh pemain pertahanan atau penjaga gol buat rakan sepasukan mereka.

Ianya bertujuan untuk mengerakkan rakan sepasukan terutamanya pemain-pemain yang bersifat bertahan (defensive) untuk mara ke hadapan dan membantu bahagian serangan.

Selalunya, arahan ini akan disusuli dengan isyarat dari penjaga gol atau pertahan dengan mereka menghayun-hayun tangan ke hadapan menyuruh rakan sepasukan bergerak naik ke atas.

Jika ragu, gerakkan bola

Jika ragu, gerakkan bola atau if in doubt, move with the ball around adalah salah sebuah bentuk komunikasi bola sepak yang khas untuk pemain pertahanan yang sedang mengawal bola.

Arahan ini diberikan supaya pemain tidak memegang bola terlalu lama atau cuba melakukan gerakan-gerakan fancy yang kemudiannya akan menyusahkan pasukan jika tersilap langkah.

Sebaliknya, pemain pertahan disarankan untuk mengeluarkan bola dari zon bahaya bagi membolehkan pasukan membetulkan posisi mereka semula atau regroup.

Look for the overlap

Komunikasi look for the overlap ini juga merupakan salah satu arahan khusus yang diberikan kepada pemain sayap.

Ianya akan dikeluarkan ketika sesebuah pasukan dalam proses untuk menyerang, pemain sayap yang sedang mengawal bola akan menantikan larian ke hadapan (forward run) oleh pertahanan tepi atau full back.

Apabila larian tersebut dilakukan, ia memberikan isyarat kepada pemain sayap yang pasukan akan bermain taktik overlap. Sewaktu larian dilakukan, pemain sayap mempunyai pilihan untuk menghantar bola kepada pertahanan tepi yang melakukan overlap atau cuba mencari rakan lain untuk membuat hantaran.