3 Fokus Pembelajaran Dalam Diploma Keadilan Jenayah - Cyberlynx

3 Fokus Pembelajaran Dalam Diploma Keadilan Jenayah

Diploma Keadilan Jenayah

Di Kolej Antarabangsa Cyberlynx, pelbagai kursus yang ditawarkan kepada pelajar dengan ada diantaranya tidak disediakan oleh mana-mana institusi pendidikan lain.

Sebagai contoh, Cyberlynx menawarkan program Diploma Keadilan Jenayah atau Diploma Criminal Justice (DSJ).

Hanya ditawarkan di Cyberlynx, DCJ merupakan sebuah program yang bakal mendedahkan pelajar kepada sistem keadilan jenayah, kepolisan dan jenayah itu sendiri.

DCJ dianggap sebagai kursus yang direka istimewa untuk industri tersebut kerana ianya menfokuskan kepada tiga elemen iaitu penguatkuasaan (enforcement), undang-undang (laws) dan juga pembetulan (correctional) dalam pengajian.

Lebih menarik, tenaga pengajar untuk DCJ adalah dari kalangan mereka yang sudah berpengalaman luas dalam industri keadilan jenayah.

Mereka terdiri daripada pegawai polis, pendakwa raya serta pensyarah-pensyarah yang berkelayakan tinggi serta berpengalaman dalam mengajar program pengajian sebegini.

Malah, pensyarah-pensyarah ini juga turut mempunyai permit mengajar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Selain itu, pelajar DCJ akan mengalami pengalaman belajar yang menarik apabila mereka tidak hanya didedahkan kepada pengajaran dalam kuliah secara tradisional sahaja.

Sebaliknya, pelajar turut melalui proses pembelajaran yang berbeza seperti berhadapan dengan simulasi jenayah, moot court dan juga latihan industri yang bakal memberikan pengalaman secara hands-on kepada mereka.

Program Diploma Keadilan Jenayah ini ditawarkan dengan durasi selama 2.5 tahun pengajian.