Hasmawi Hassan: "Ramai Pemain Bagus Tetapi Tiada Peluang Menyinar"- Cyberlynx

Hasmawi Hassan: “Ramai Pemain Bagus Tetapi Tiada Peluang Menyinar”

Hasmawi Hassan

“Ramai pemain yang berpotensi di luar sana, tetapi mereka tiada peluang untuk menonjol.”

Itulah yang disebutkan oleh ketua jurulatih Akademi Cyberlynx, Hasmawi Hassan selepas beliau menjelajah ke serata Semenanjung Malaysia untuk sesi pemilihan pemain bagi Cyberlynx FC.

Pemilihan yang yang dilakukan mengikut zon dilakukan pada sekitar Mac dan juga April sebagai persediaan Cyberlynx FC menjelang aksi Liga M3 pada bulan Jun ini.

Dan apa yang diperkatakan oleh Hasmawi di awal artikel menggambarkan hasil yang ditemuinya sepanjang proses pemilihan dilakukan.

“Kami sengaja mengadakan pemilihan di luar bandar kerana kami tahu di sana terdapat ramai pemain yang berpotensi di sana.”

Tambah Hasmawi, ramai pemain yang beliau jumpa ketika sesi pemilihan tidak sedar akan peluang yang boleh mereka peroleh dalam bola sepak dan pendidikan.

“Ramai pemain yang tidak tahu ada institusi yang bolehkan mereka sambung belajar dan bermain bola dalam masa yang sama. Lazimnya, mereka perlu korbankan salah satu sama ada bola sepak atau pendidikan.”

“Jadi dengan tawaran kami di Cyberlynx, mereka boleh meneruskan pengajian mereka sambil melakukan perkara yang mereka minat iaitu bermain bola.”

Pelajar yang menyertai program Diploma Pengajian Bola Sepak di Cyberlynx akan diserap ke dalam program Student Athletes yang bertujuan melahirkan atlet berpendidikan tinggi.

Mereka akan menghadiri kuliah yang ditetapkan sambil diberi peluang untuk memantapkan skil sebagai pemain bola sepak menerusi latihan Hasmawi dan jurulatih-jurualatih lain di Akademi Cyberlynx.h