Apa Yang Pelajar Perakaunan Boleh Lakukan Selepas Tamat Diploma Di Cyberlynx?- Cyberlynx

Apa Yang Pelajar Perakaunan Boleh Lakukan Selepas Tamat Diploma Di Cyberlynx?

Diploma Perakauan atau Diploma in Accounting merupakan salah sebuah daripada pengajian yang ditawarkan di Kolej Antarabangsa Cyberlynx.

Program yang ditawarkan selama 2.5 tahun ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai matematik perniagaan (business mathematics), perakaunan kewangan (financial accounting), percukaian dan banyak lagi subjek menarik mengenai bidang ini.

Akan tetapi, selepas 2.5 tahun belajar perakaunan di Cyberlynx, masih ada peluang atau tidak untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini?

Jawapannya adalah ya, pelajar Diploma Perakaunan di Cyberlynx boleh meneruskan pengajian mereka menerusi dua cara iaitu ACCA atau CTIM.

ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) merupakan sebuah program berdurasi 2.5 tahun yang dimana pelajar akan mengambil hanya dua subjek sahaja pada setiap semester.

Malah, pelajar juga dibenarkan untuk mengambil maksima empat subjek dalam satu semester yang bertempoh enam bulan.

Jika pelajar mengambil ACCA selepas tamat pengajian Diploma Perakaunan di Cyberlynx, mereka akan mengharungi ACCA peringkat pertama iaitu ACCA Applied Skills yang memerlukan enam subjek diambil.

Selepas tamat peringkat tersebut, mereka boleh meneruskan pengajian ke tahap kedua iaitu ACCA Applied Knowledge yang memerlukan tiga subjek diambil.

Peringkat tertinggi bagi ACCA adalah ACCA Strategic Professional yang dimana empat subjek perlu diambil oleh seseorang pelajar yang mendudukinya.

Peperiksaan bagi ACCA ini diadakan secara berkala sebanyak empat kali setahun iaitu pada Mac, Jun, September dan Disember.

Sementara bagi CTIM atau Chartered Tax Institute of Malaysia pula, pelajar yang berminat meneruskan pengajian di peringkat ini perlu melaluinya selama dua tahun.

Kelayakan CTIM ini terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap rendah dan tinggi dengan setiap tahap mempunyai empat subjek berbeza yang perlu dihadapi.

Sungguhpun begitu, pelajar masih boleh mendapatkan pengecualian subjek berdasarkan kelayakan yang dimiliki mereka semasa memohon untuk menduduki CTIM.

Peperiksaan akan diadakan sebanyak dua kali setahun pada Jun dan Disember dengan pelajar akan diterima sebagai Anggota Sementara (Provisional Member) bagi CITM.

Kini anda semakin jelas dengan perjalanan yang boleh anda tempuhi selepas mengambil Diploma Perakaunan di Cyberlynx? Jika ya, anda boleh mula merancang masa depan anda sekarang!