Apa Itu Pampasan Latihan Dalam Kontrak Bola Sepak?- Cyberlynx

Apa Itu Pampasan Latihan Dalam Kontrak Bola Sepak?

Kontrak bola sepak

Pernahkah anda dengar akan pampasan latihan atau training compensation dalam kontrak bola sepak?

Jika anda sering bermain Football Manager, anda mungkin pernah melihat terma ini ketika menguruskan kontrak pemain baharu.

Yuran pembangunan ini lazimnya dikenakan untuk pemain muda kepada kelab baharu yang mendapatkan khidmat mereka.

Sejumlah wang perlu dibayar kepada kelab lama pemain tersebut atas tanda “solidariti” kerana telah membantu mengasah bakat pemain tersebut sejak usia muda.

Menurut Peraturan Status & Perpindahan Pemain FIFA, pampasan latihan ini perlu dibayar dalam dua keadaan:

  1. Apabila pemain itu pertama kalinya menandatangani kontrak sebagai pemain profesional
  2. Setiap kali pemain itu berpindah ke pasukan baharu sehingga berusia 23 tahun

Dalam peraturan itu juga turut mengatakan yang jumlah pampasan itu perlu dibayar semasa kontrak pemain itu berada ketika atau sudah penghujung kontraknya.

Jumlah pembayaran pampasan juga tidak tetap dengan ianya ditentukan menerusi beberapa mekanisme.

Contoh kes melibatkan pampasan latihan

Salah satu kes yang mendapat perhatian dunia bola sepak sepak beberapa tahun lepas adalah melibatkan perpindahan Dominic Solanke dari Chelsea ke Liverpool.

Perpindahan yang berlaku pada 2018 itu menyaksikan nama Solanke naik mendadak dek kerana persembahan cemerlangnya bersama skuad England di kejohanan Piala Dunia B-20 yang menyaksikan beliau diangkat sebagai pemain terbaik kejohanan.

Perpindahan Solanke ke Liverpool adalah percuma kerana tidak mempunyai yuran perpindahan dikenakan. Tetapi Liverpool perlu membayar pampasan latihan kepada Chelsea.

Apa yang menjadikan perpindahan normal ini menjadi isu hangat adalah kerana kedua-dua pasukan tidak bersetuju dengan jumlah pampasan yang ditetapkan.

Liverpool menawarkan £3 juta sebaliknya Chelsea mahukan £10 juta.

Pertikaian tersebut hampir diselesaikan menerusi tribunal pemain profesional. Namun ianya diselesaikan secara tertutup oleh kedua-dua pasukan dengan nilai pampasan tidak dinyatakan.

Seperti yang dikatakan di awal artikel, penilaian jumlah bayaran pampasan ditentukan dengan cara tertentu mengikut mekanisme yang ditetapkan.

Dalam kes Solanke, tribunal pada asalnya ingin menentukan jumlah pampasan menerusi rekod bermainnya, terma yang ditawarkan dalam kontrak oleh Liverpool, tempoh masa beliau di Chelsea dan minat yang ditunjukkan oleh pasukan lain.

Oleh itu, boleh dikatakan yang pampasan ini perlu dipersetuju oleh kedua-dua pasukan dan ianya tidak ditetapkan oleh sebelah pihak sahaja.

Jadi, inilah dia sedikit sebanyak info mengenai pampasan latihan. Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda!