Program Perantisan PERKESO-Cyberlynx Kini Dibuka Untuk Ambilan Mei 2021 - Cyberlynx

Program Perantisan PERKESO-Cyberlynx Kini Dibuka Untuk Ambilan Mei 2021

Inisiatif kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan juga Kolej Antarabangsa Cyberlynx yang membentuk Program Perantisan PERKESO-Cyberlynx memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan ‘tiket’ ke alam pekerjaan.

Menerusi program ini, pelajar yang terlibat bakal mendapat pengetahuan tambahan dan kemahiran belia dalam alam pekerjaan menerusi modul on-the-job-training untuk menaikkan nilai pasaran mereka di dalam industri.

Dalam program ini, pelajar akan diberikan kursus latihan Advanced Multimedia Design for Social Media Advertising sebagai modul utama.

Selain itu, mereka juga akan diberikan modul-modul tambahan lain yang berkaitan dengan program ini.

Sepanjang tempoh program yang berlangsung selama tiga bulan, pelajar akan terlibat dengan latihan amali selain kuliah yang dijalankan selama lima hari seminggu.

Mereka juga akan diberikan pengalaman bekerja sepenuh masa dalam tempoh tersebut.

Berikut merupakan perincian lebih mendalam mengenai program ini yang bakal bermula pada Mei 2021:

  • Tiada yuran dikenakan kecuali jika terdapat yuran penginapan
  • Elaun sebanyak RM 1,200 sebulan diberikan sepanjang tempoh program
  • Pelajar lepasan sekolah dan graduan masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap digalakkan memohon
  • Pelajar yang sedang menjalani latihan industri, belum tamat pengajian dan bukan warganegara Malaysia tidak dibenarkan memohon program ini
  • Pelajar berpeluang untuk menyertai bidang pengurusan sukan dan fasiliti serta jualan dan pemasaran selepas tamat program
  • Mereka juga berpotensi untuk diserap menjadi staf tetap atau disalurkan kepada rakan industri lain untuk mendapat peluang pekerjaan
  • Sijil akan diberikan kepada pelajar selepas tamat program tertakluk kepada terma dan syarat

Permohonan boleh dilakukan dengan menghadiri temuduga secara bersemuka (walk-in) atau dalam talian (online). Untuk tujuan pendaftaran dan pertanyaan, boleh WhatsApp saudara Mages di talian 016-6866609.