Kenali 5 Graduan Terhebat Yang Pernah Dihasilkan Akademi La Masia - Cyberlynx

Kenali 5 Graduan Terhebat Yang Pernah Dihasilkan Akademi La Masia

Akademi La Masia

Dalam dunia bola sepak, terdapat pelbagai akademi yang cukup hebat menghasilkan pemain bertaraf.

Terdapat akademi yang menghasilkan pemain yang menghasilkan kejayaan untuk pasukan lain tetapi tidak kurang juga yang memberikan kejuaraan buat kelab sendiri.

La Masia sejak zaman-berzaman adalah sebuah akademi yang cukup utuh dalam dunia bola sepak. Kewujudannya menjadi tunjang kejayaan Barcelona terutamanya sekitar tahun 2008 hingga 2012.

Oleh itu, marilah berkenalan dengan lima graduan La Masia yang paling hebat pernah dihasilkan mereka.

Pep Guardiola

Guardiola hari ini dipandang sebagai salah seorang pengurus terhebat di dunia. Tetapi ketika zaman bermain, beliau dilihat sebagai pemain tengah terhandal untuk generasinya.

Menyertai akademi La Masia dari kelab Cadiz pada usia 13 tahun, Guardiola perlahan-lahan mendaki ke skuad utama.

Selepas berjaya menembusi skuad utama, Guardiola dinamakan sebagai ketua pasukan pada tahun 1998 sebelum meninggalkan Barcelona untuk beraksi di Itali tiga tahun kemudian.

Xavi Hernandez

Menyertai La Masia pada usia 10 tahun, Xavi menjadi perancang di bahagian tengah terulung dalam sejarah bola sepak moden.

Xavi menjadi tunjang utama kepada kejayaan Barcelona dan juga Sepanyol. Semangat berpasukannya membuatkan pemain itu sendiri berjuang untuk kejayaan kolektif bukannya untuk dirinya semata-mata.

Di mata Xavi, kejayaan orang lain adalah untuknya pada hari esok.

Beliau menjadi pasangan kepada gandingan tengah yang mantap bersama-sama Andres Iniesta dalam skuad Barcelona dan Sepanyol.

Carles Puyol

Puyol merupakan ketua pasukan berpengaruh dalam skuad Barcelona ketika eranya.

Beliau menyertai La Masia pada usia 1995 sebagai pemain tengah bertahan sebelum menjadi pertahanan sisi dan akhirnya pertahanan tengah.

Puyol hampir meninggalkan Barcelona pada usia muda selepas pasukannya berasakan beliau tidak cukup bagus untuk skuad utama.

Namun selepas melihat usaha Xavi untuk memecah masuk pasukan, Puyol terus berjuang untuk mendapatkan tempatnya.

Andres Iniesta

Merupakan pasangan kepada Xavi di bahagian tengah, Iniesta menyertai La Masia ketika berumur 12 tahun dan melakukan penampilan pertama di usia 18 tahun.

Iniesta jelas sekali merupakan pemain Sepanyol paling berjaya dalam sejarah apabila berjaya membantu Barcelona merangkul sembilan gelaran La Liga, empat kejuaraan Eropah dan banyak lagi piala.

Ia menjadikan sebanyak 35 kejuaraan dimiliki Iniesta sepanjang kariernya bersama Barcelona.

Di peringkat antarabangsa, Iniesta memenangi dua gelaran EURO bersama Sepanyol serta menjaringkan gol kemenangan La Roja di perlawanan akhir Piala Dunia 2010.

Lionel Messi

Tidak dinafikan, Messi adalah graduan La Masia terhebat yang pernah dihasilkan mereka.

Dibawa dari kelab Newell’s Old Boys di Argentina pada tahun 2001, Messi mengalami masalah kekurangan hormon pertumbuhan atau growth hormone deficiency.

Walaupun Messi mempunyai isu tersebut, Barcelona tetap membayar kos untuk merawat masalah tersebut selepas melihat bakat yang ada padanya.

Keputusan itu jelas sekali menguntungkan Barcelona, Messi membayar kembali budi tersebut dengan menjadi pemain terbaik dalam sejarah kelab dan di dunia.

Anda juga boleh!

Anda juga boleh memulakan karier bola sepak anda bersama kami di Cyberlynx dengan menjadi pelajar atlet dalam Diploma Pengajian Bola Sepak.

Menerusi pendidikan tersebut, anda bukan sahaja belajar bermain bola sepak sebaliknya turut didedahkan mengenai industri sukan paling digemari di dunia ini.

Dengan Cyberlynx, anda bukan sahaja menguasai padang bola sepak tetapi industrinya juga.