Peluang Belajar Di UK Buat Pelajar Diploma Pengajian Bola Sepak Cyberlynx - Cyberlynx

Peluang Belajar Di UK Buat Pelajar Diploma Pengajian Bola Sepak Cyberlynx

Program Diploma Pengajian Bola Sepak yang ditawarkan oleh Kolej Antarabangsa Cyberlynx memberikan peluang yang luas kepada pelajarnya dalam cabang karier selepas tamat belajar.

Pelajar boleh meneroka peluang pekerjaan dalam bidang bola sepak menerusi cabang sains sukan atau pengurusan. Namun begitu, masih lagi ada peluang untuk pelajar Diploma Pengajian Bola Sepak meneruskan pengajian mereka ke tahap lebih tinggi.

Selepas tamat pengajian di peringkat diploma, pelajar boleh menyambung pelajaran di tahap ijazah sarjana muda.

Apa yang menarik adalah pelajar boleh menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di United Kingdom menerusi jaringan yang dimiliki oleh Cyberlynx dengan insitusi pendidikan di sana.

Universitiy of Bedfordshire, Middlesex University London dan Bucks New University antara institut-institut yang mempunyai jaringan kerjasama dengan Cyberlynx di luar negara.

University of Bedfordshire menawarkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bola Sepak sementara Ijazah Sarjana Muda Sains Bola Sepak ditawarkan di Middlesex University London.

Manakala Bucks New University menawarkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan dan Perniagaan serta Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan dan Pengajian Bola Sepak.

Pelajar Diploma Pengajian Bola Sepak Cyberlynx boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana tiga universiti yang disebutkan. Mereka akan memperoleh kemasukan terus atau direct entry ke tahun akhir pengajian dalam mana-mana tiga universiti pilihan.

Selain daripada tiga universiti ini, pelajar juga boleh menyambung pelajaran ke institut-institut pengajian yang lain seperti Deakin University, Griffith University dan Edith Cowan University dari Australia serta Curtin University Malaysia.

Lanjutkan pelajaran dalam Diploma Pengajian Bola Sepak di Cyberlynx untuk capai cita-cita anda menguasai industri bola sepak bukan sahaja di dalam dan luar padang.

Dengan Cyberlynx, anda bukan sahaja menguasai padang bola sepak tetapi industrinya juga.