3 Tips Untuk Anda Kekal Segar Ketika Ramadan- Cyberlynx

3 Tips Untuk Anda Kekal Segar Ketika Ramadan

Bulan Ramadan

A group of multiracial men walking, marching or power walking on a pedestrian walkway, all in the same direction. They are in pairs, talking, or walking alone, all wearing blue shirts, so they are part of a team.

Bulan Ramadan yang mulia kini kembali lagi, pada waktu inilah fokus majoriti orang Islam adalah untuk memperbanyak ibadah untuk mengejar ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Sungguhpun begitu, kehidupan normal masih lagi dijalankan seperti biasa dan ini bermakna bagi atlet mereka perlu berlatih.

Dengan tempoh yang lama menahan diri dari lapar dan dahaga pastinya akan menurunkan sedikit kadar tenaga seseorang, jadi bagaimana satu-satu atlet itu kekal bertenaga untuk berlatih ketika Ramadan?

Kami bawakan anda beberapa tips mudah untuk pastikan terus bertenaga ketika bulan Ramadan.

Rancang pemakanan anda

Merancang pemakanan adalah perkara utama yang perlu dilakukan ketika bulan Ramadan.

Pengambilan makanan yang bersesuaian ketika sahur dan buka puasa pastinya dapat membantu seseorang itu untuk kekal bertenaga.

Sebagai contoh, pengambilan protein seperti kekacang dan telur dapat memberikan tenaga yang lebih kepada anda.

Selain itu, pengambilan lemak sihat seperti mentega kacang (nut butter), avocado serta makanan-makanan lain seperti keledek dan buah-buahan juga boleh membantu.

Tak dilupa juga dengan kurma yang merupakan makanan sunnah Rasullah juga boleh memberikan tenaga sepanjang hari.

Ketika berbuka pula, makanan yang penuh dengan protein seperti ikan tuna dan telur adalah contoh makanan yang sesuai untuk dinikmati.

Dalam masa yang sama, anda juga disarankan mengambil makanan tinggi serat seperti kacang buncis dan santapan yang penuh dengan vitamin iaitu brokoli, makanan laut dan quinoa.

Dan jangan lupa, mulakan sesi buka puasa anda dengan kurma serta air yang diletakkan lemon di dalamnya!

Atur semula pelan senaman

Ramai orang melakukan senaman dan masing-masing ada pilihan sendiri dalam rejim latihan yang dilakukan.

Salah satu contoh adalah masa. Ada yang lebih gemarkan bersenam di pagi hari, terdapat juga yang gemarkan melakukannya ketika malam.

Namun pada bulan Ramadan, adalah disarankan untuk bersenam sejam sebelum waktu berbuka kerana itu yang paling ideal.

Hal ini disebabkan, sejam sebelum berbuka adalah waktu dimana mental seseorang berada di tahap yang sukar kerana kekurangan tenaga.

Jadi, untuk melekakan diri, bersenam pada waktu ini adalah disarankan untuk anda cuba.

Tetapi harus diingat, jangan terlalu ekstrem ketika bersenam. Ikut kemampuan badan anda okay!

Tidur sebentar dan mandi air sejuk

Tidur sebentar atau nap juga disarankan untuk tujuan menyimpan tenaga. Oleh itu, tidak salah jika untuk anda tidur sebentar ketika untuk beberapa minit ketika berpuasa.

Tidur sebentar sekitar 30 minit boleh membantu anda menyimpan tenaga. Jika berlebihan, ianya mungkin akan menyebabkan puasa anda terbatal kerana tidur terlalu lama.

Selain itu, mandi dengan air sejuk juga disarankan untuk anda kekal segar ketika berpuasa.

Sensasi air sejuk pastinya dapat membantu anda untuk kekal segar dan juga tidak mengantuk sementara menuju waktu berbuka.

Semoga tips yang diberikan ini dapat membantu anda kekal segar ketika Ramadan ini.

Selamat berpuasa dari kami di Kolej Antarabangsa Cyberlynx.