Elemen FAST Jadi Nadi Utama Pengajian Pengurusan Bisnes Di Cyberlynx - Cyberlynx

Elemen FAST Jadi Nadi Utama Pengajian Pengurusan Bisnes Di Cyberlynx

Pandemik Covid-19 telah menyukarkan semua pihak untuk menjalani kehidupan yang normal. Termasuklah bagi mereka yang sedang belajar.

Pendidikan secara maya atau online learning semakin menjadi kebiasaan dan itu memudahkan pelajar untuk terus belajar walaupun berada di tempat lain.

Menyedari situasi itu, Kolej Antarabangsa Cyberlynx memperkenal kaedah FAST bagi mereka yang mengambil Diploma Pengurusan Bisnes.

FAST merupakan pendekatan Cyberlynx untuk kursus ini bagi memudahkan pelajarnya untuk terus belajar walaupun berada di mana saja.

Ianya terbahagi kepada empat elemen iaitu:

F: Flexible

Menyedari pelajar mempunyai komitmen lain di luar dewan kuliah, pelajar dibenarkan untuk menentukan waktu belajar sendiri secara fleksibel.

Video rakaman kuliah dirakam secara pra-rakaman serta sesi strim secara langsung akan memudahkan pelajar untuk mengikut kelas tanpa risau.

Sesuai buat mereka yang ingin mengambil kursus ini secara separuh masa.

A: All-inclusive

Walaupun berjauhan dan tidak berada di kampus. Pelajar tidak perlu bimbang dengan bahan pembelajaran mereka.

Hal ini kerana, pihak Cyberlynx akan menyediakan kesemua bahan belajar yang berkualiti tinggi buat pelajar mereka.

S: Supportive

Walaupun jauh, namun Cyberlynx akan sentiasa dekat dengan anda. Elemen “supportive” dalam FAST akan memastikan pelajar tidak terabai dari pelbagai aspek.

Para pensyarah akan memberikan bimbingan dari segi akademik, maklum balas serta melakukan penilaian terhadap pelajar sepanjang tempoh pengajian.

Bukan itu sahaja, sokongan teknikal juga akan diberikan oleh pihak kolej untuk memastikan sesi pembelajaran dalam talian berada dalam keadaan baik.

T: Team-Spirit

Pelajar mungkin belajar di lokasi yang berbeza-beza, namun mereka tetap akan disatukan untuk memastikan semangat kekitaan tidak longgar.

Semangat “team-spirit” diterapkan menerusi sesi tutorial, strim secara langsung, forum berkaitan kursus dan juga study networks.

Penerapan elemen ini akan memastikan pelajar akan dapat merasai suasana belajar yang menarik walaupun ianya hanya dilakukan secara berjauhan dan bukannya di kampus.

Diploma Pengurusan Bisnes ini merupakan pengajian bersifat fleksibel dan juga berpatutan.

Dilangsungkan secara dalam talian secara sepenuhnya, graduan diploma ini berpeluang untuk melompat ke tahun kedua pengajian ijazah sarjana muda pengurusan bisnes di Curtin University, Australia.